Want your
own Fotopage?








 


By: nur effatul fairuz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 6-Jan-2009 15:23 Email | Share | | Bookmark
Ber YM



Baru seminggu abah fly. Dua beranak ni sudah rindu-rinduan (er, ibunya pun sama tapi tak rock la mengaku,kan? ).Hampir setiap malam ber YM.

Macam-macam diceritakan dek budak zaid. Dari apa yang dibeli kedai, cerita TV, keretapi, tentang cicak di siling dan lalat yang terbang. Zaid baru genap 3 tahun. Mulutnya sekarang macam bertih jagung. Sesekali juga, terdengar dua beranak ni menyanyi lagu tema cerita animasi keretapi idola zaid "Thomas & Friend".

Bila selesai dan ibu dah offkan pc, zaid tunding ke monitor.

"Alaaa...cerita abah dah abis..."

memang cantik anak sape ye..........tumpang lalu.........tuan tanah

PAKEJ PERKAHWINAN LENGKAP......untuk bakal-bakal pengantin Salam buat semua penggemar blog fotopages........

abadikan kenangan bersama kami!
Untuk sentuhan make-up & fotografi, serahkan pada kami.,
Kami sedia untuk berkhidmat di Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu.. atau di mana sahaja !
Kami hanya memberi yang terbaik untuk anda.

Hubungi kami di
0124781071 atau 0125425071.....
http://miee8717.fotopages.com
Mon 9-Mar-2009 01:22
Posted by:miee8717
memang cantik anak sape ye..........tumpang lalu.........tuan tanah

PAKEJ PERKAHWINAN LENGKAP......untuk bakal-bakal pengantin Salam buat semua penggemar blog fotopages........

abadikan kenangan bersama kami!
Untuk sentuhan make-up & fotografi, serahkan pada kami.,
Kami sedia untuk berkhidmat di Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu.. atau di mana sahaja !
Kami hanya memberi yang terbaik untuk anda.

Hubungi kami di
0124781071 atau 0125425071.....
http://miee8717.fotopages.com
Mon 9-Mar-2009 01:22
Posted by:miee8717
so sweeetttt..... Fri 13-Mar-2009 04:40
Posted by:Heldamelissa  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 31-Dec-2008 10:56 Email | Share | | Bookmark
Flying With A Jetplane

abah dan zaid di KLIA sebelum berlepas
Dah sampai Korea
Bas nak ke SIVAT di Icheon
View dari bilik
Ibu : Abah mana zaid?
Zaid : Abah keje .. naik aeroplane.. (sambil buat aksi terbang)

such a tough boy.

Abah dihantar ke korea untuk kursus Master Craftman selama 4 bulan. Semoga abah sihat di sana dan kursus dengan tenang. Kami di sini tak putus doakan kesihatan abah.

Korea tengah winter sekarang, so dapatlah feel ala-ala Winter Sonata. .

These are some pics yang abah send kelmarin.

Jangan sedih tau...
Sat 3-Jan-2009 10:13
Posted by:Heldamelissa
insyaallah..thanks helda.. Tue 6-Jan-2009 15:57
Posted by:Nureffa  - [Link]
a,kum...nak no contact ur hubby mengenai trip Ke SIVAT korea...tq..019-2171978- amer Fri 19-Jun-2009 04:44
Posted by:syamsol amer zakaria
View all 5 comments Add comment


Monday, 13-Oct-2008 07:22 Email | Share | | Bookmark
On the road with him

Bawa zaid ke majlis berbuka puasa jabatan di Renaissance Hotel Melaka.Ini kali pertama aku sorang drive bawak dia ke bandar Melaka.. Alhamdulillah, sepanjang pergi dan balik dia tak banyak kerenah. Diam je dalam child seat dia, layan blues..haha.












Update gambar Raya plak. Hehehe. Sun 9-Nov-2008 10:55
Posted by:Amyz
dah besar zaid .... encem Thu 13-Nov-2008 07:02
Posted by:mama hiro  - [Link]
wah ..dia temam mama dia..jd co driver.. Thu 27-Nov-2008 01:51
Posted by:kay  - [Link]
Add comment


Monday, 14-Jul-2008 08:08 Email | Share | | Bookmark
selagi belum pencen...

kubah avillion tu, cantik hotel nih
tengok tu, bersemangat kan?
kerumun
View all 8 photos...


Tiga hari selepas minggu sukan politeknik, aku kena attend kursus selama 4 hari di Melaka. Aduii, baru je nak betulkan pinggang lepas seminggu sukan, kena kursus lagi. Tapi aku layankan jelah, mengenangkan kursus kat melaka je kan. Agak lawak jugaklah perasaan aku bila check in kat hotel Avillion ni, yea lah..dekat tempat sendiri. Selalu lalu-lalang, tak sangka pulak kena tidor hotel ni.

rasanya, ramai-ramai peserta akulah yang paling blur sekali. mungkin sebab letih tak abis-abis kot. dari buat buku konvo,settle exam final dan markah, minggu sukan politeknik, dan sekarang kursus lagi..

yea lah..selagi belum pencen..layankan je laaa...

effa... ntah camna tiba2 aku terbuka website ko... mungkin aku lps ni tak jumpe kot website ni....
apa2 hal ym aku (peja_bat@yahoo.com)

dari aku... 5PKE1
Mon 8-Sep-2008 03:36
Posted by:M.Nasir
Nama kursus tu yang best tu beb. Delivering Effective Presentation.. Kalau lepas ni present tak effective tak tau la~ Hahahha. Sat 13-Sep-2008 01:16
Posted by:Amyz
tulah pasal..aku effective makan je kat hotel tu.. Sat 13-Sep-2008 03:22
Posted by:effa  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 7-Jul-2008 08:54 Email | Share | | Bookmark
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!

Memikul tanggungjawab mengetuai Ajk Statistik Dan Data bagi sukan peringkat kebangsaan ini sememangnya satu tugas yang agak berat untuk aku lakukan. Tambahan pula politeknik kami menjadi tuan rumah, dan ini merupakan pengalaman pertama aku mengendalikan tugasan sebegini besar. Dengan 7 orang Ajk pelajar, dan bantuan urusetia dan sukarelawan lain, alhamdulillah,- perjalanan acara hampir seminggu ini berjalan lancar.

Tugas kami sebelah petang memanjang ke tengah malam. mencatat rekod kemenangan, mata dan pasukan yang menang. Menampal jadual terbaru setiap hari, dan sudah pasti memastikan data dan statistik yang dijana betul dan tepat.Seterusnya mencetak set-set buku statistik yang di compile untuk di serahkan pada setiap kontijen di akhir perlawanan.

Kesian juga pada ajk-ajk aku ni, time orang lain tengah seronok bersorak di padang tengok game hingga final, mereka terpaksa berkurung di dalam bilik sejuk mencatat data.Pelajar-pelajar elektrik mekatronik semester 5, antara group pelajar yang paling sporting dan baik yang pernah aku jumpa.

Banyak pengalaman yang dikutip, semoga kalian semua akan tamat pengajian dengan jayanya dan menjadi insan berguna.Terima kasih kerana membantu saya.. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA


Aku tak perasan gambar ko tadi.. haha. Student lagi besar dari ko.. Hahaha. Sat 13-Sep-2008 01:17
Posted by:Amyz
weh, hampeh la ko nih amyz.. Aku standard size, budak2 sekarang je yang besor besor. Sat 13-Sep-2008 03:06
Posted by:effa  - [Link]
happy nye terbukak fb akak.... maybe akak x ingat ayyat kut... hope dpt jumpe lg... xkn br 1 ank? hehehe ayyat dah 2. 1 boy 4 yrs(danial), 1 girl 2 yrs(dania).... fb ayyat, hayati q dees. Ayyat running franchise qdees dah 3 yrs... Sat 17-Apr-2010 15:46
Posted by:ayyat smtsi
View all 4 comments Add comment


Thursday, 17-Apr-2008 07:12 Email | Share | | Bookmark
kursus back to back!

Macam nilah bila kerjaya menuntut lebih dari yang kita mampu beri : monday-friday,eight-five.Aku kena attend kursus kenegaraan nun di Langkawi selama 5 hari , kemudian bersambung terus kursus di Kolompo lagi 5 hari.Zaid tinggal di rumah pengasuh selama hampir 10 hari tu.Dalam hati, luluh dan bimbang hanya Tuhan sajalah yang tahu..nak buat camana nak, ibu makan gaji..

Bertolak dari melaka jam 9.30 malam dengan tiga lagi staf.Tiba di Jeti Kuala Perlis jam 9 pagi. Sakit pinggang weh!Sesungguhnya Kuala Perlis mengingatkan aku pada banyak kenangan, terutama pengalaman zaid lahir di sini, simpang2, kedai2, mengembalikan memori. alahai dah 2 tahun lebih momen tu berlalu..Kuala perlis masih nostalgik, seperti dulu.

sampai di Langkawi tengahari, sewa kereta 30 ringgit, ukur satu pekan Kuah.. gua punya sen tak banyak, jadi belilah sudu satu set, coklat satu papan, ubat gamat satu ikat, buat cenderahati pada opismet dan pengasuh zaid..tapi orang perempuan kan, dapat tengok pun dah hepi.

Kursus BTN di Institut Pengurusan Perladangan ni sangatlah selesa dan best, ramai kawan-kawan baru terutama dikalangan cikgu dan sektor awam lain. Kursus yang tak tensen sangatlah, input banyak..(atau yang sebenarnya jasad aku je kat langkawi, hati dok terbayang zaid..)

dah lima hari kat langkawi, abis je kul 12, aku zass terus ke feri balik ke KL. dari kuala Perlis ke Alor Setar, kemudian terus ke Kuala Lumpur. Aku balik sorang2, sebab dua orang lagi balik ke Melaka malam.Jadi diorang teruskanlah ekspedisi shooping kat langkawi sampai petang..

sampai KL jam 11 malam..woo, letih..nak ngadap kursus lagi esok pagi..malam tu aku sampai KL dengan perfume bau Jeti Feri Langkawi, Stesen Bas Kuala Perlis, Stesen Bas Alor Star, dan Pudu raya..

kursus di KL memang sempoi.hairan aku macamana tuan Sofian ni yang dah umur 70 lebih boleh reelekk je ngajar 5 hari berturut2, siap pandai guna power point lagi..tabik.


gambar edisi gedik santai di Langkawi dan KL.dah lama wooo gua tak posing camni..tolong jangan muntah hijau yea..
Apapun- Camana jauh pun aku pergi, seramai mana pun kenalan baru, keseronokan berkursus , tak terbanding dengan rasa bahagia bila berjumpa zaid (dan zaidee ) semula..

asm. effa ingat aku lg x? aku anim x-stud smtsi dolu... aku adik tok man, zaide kenal le kot... eh nanti ko bg no tepon kat aku ek... miss u. comelnye anak ko. gerammmm.... Thu 26-Jun-2008 01:11
Posted by:nurun honeym
hai fairuz..long time i was keep searching for u..how's life? sonoknya..dah ader teruna ek..hang kat ner skang? aku skang kat leeds..ada jumpa fazlan dalam nie..lagi sapa lagi ada..? heheh.....do keep in touch..email @ ym..etc.jumpa lagi.. Sun 6-Jul-2008 13:08
Posted by:shuhaila  - [Link]
assalamualaikum....efa sekeluarga sihat x? selamat berpuasa...raya balik mana?
kalau balik batu gajah mai la rumah kz no....ni no hp kz=0193330499.nk no efa...lama x sembang da.....
Fri 19-Sep-2008 02:11
Posted by:zurina z3  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Tuesday, 4-Dec-2007 06:52 Email | Share | | Bookmark
hijau di hari raya

apadaaa..dah nak raya haji, gambar raya puasa baru nak publish.


family potrait kami selalunya memang tak berapa cantik. masing-masing tak fotogenik.. zaid macam biasa, memang tak suka aksi-aksi skema macam nih


Tahun lepas, baju melayu dan kopiah je.tapi raya kali nih, zaid first time bersamping dan bersongkok hitam..sampai petang tido dalam buai pun pakai samping.


hi....nak promote sket bisnes aku kat sini bleh????
Utk yg suka menghias rumah...Klik Link
Sat 29-Mar-2008 12:05
Posted by:Laili  - [Link]
Askum effa....awat lama x update FP Kalu ko free.....jenguk2 la blog teman Mon 31-Mar-2008 07:44
Posted by:Watie  - [Link]
assalamualaikum epah, ingat lagi tak sahabat lama mu ini. Ape citer ek skang... hmmmm Sun 9-Nov-2008 08:18
Posted by:pikor  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 7-Nov-2007 06:43 Email | Share | | Bookmark
Bawak zaid bukak puasa

Ni gambar bulan puasa haritu..Bawa zaid berbuka puasa bersama staf jabatan.Mulanya merengek juga, zaid bukannya suka duduk terperap di tempat tertutup macam hotel ni. Dia nak berlari-lari kat luar.Mujur ramai budak sebaya, once zaid dah 'tune' dia dah boleh main.

Tapi segan jugaklah, anak orang lain main lari-lari keliling meja, anak aku dok tepi radio terenjut-enjut berjoget dengar lagu raya...


zaid makin comel dan hensem la effa!
hehehe
Fri 9-Nov-2007 11:27
Posted by:fajar  - [Link]
wa nie baru nak update eks...makin comei le hero effa nie...bila nak kasik zaid adik plaks?hehehe Mon 12-Nov-2007 01:43
Posted by:mamadarwisy  - [Link]
ala tomei nyer zaid.... dah besaq dah bila la nak jumpe kan Mon 12-Nov-2007 05:48
Posted by:NoRa  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Friday, 14-Sep-2007 03:40 Email | Share | | Bookmark
lebuhraya biru

Sejak baru lahir, zaid mengharungi jalan raya besar setiap hari dengan ibu, dihantar dan diambil dari rumah pengasuh. Melalui jalan besar, zaid leka dengan kereta, lori dan bas di jalan-jalan,dan kala berhenti di lampu trafik.Mulutnya betah menegur segala yang menderu laju.Matanya mengecil apabila lori besar berhenti di tepi kereta, kagum dan teruja. Aku tahu, yang paling diminatinya cuma mesin jentera di atas jalan raya.

Dan sekarang, zaid menyusun mainan keretanya, lori juga traktor (juga ferrarri kuning) dibariskan dalam satu garisan.Seperti yang terlihatnya selalu di atas muka jalan.Membunyikan hon dan derum enjin dari mulutnya yang kecil itu, juga menolak satu-satu supaya trafik lancar dan tidak terganggu.

Anakku Zaid, leka benar dengan 'dunia' ciptaannya.

ko patut blikn die transformer....eheh Wed 31-Oct-2007 04:41
Posted by:chees@  - [Link]
ko patut blikn die transformer....eheh Wed 31-Oct-2007 04:42
Posted by:chees@  - [Link]
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin Wed 7-Nov-2007 01:54
Posted by:abby  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Saturday, 1-Sep-2007 05:17 Email | Share | | Bookmark
Ke dua puluh tujuh.


Quote:

Bukan lagi mawar merkah
dan lilin merah
nota-nota cinta
rajuk panjang
cemburu kecil
bukan itu lagi

Isteri mu kini, sayang
wanita tegar
menghadapi hidup berliku
yang kita tahu
jauh lebih sukar
dari yang terpapar
dalam potret perkahwinan

Hari lahir ku ini
doaku panjang
Tuhan kukuhkan cinta
bahagiakan kita

Effa – 1 September 2007


Selamat Hari Lahir yang ke 27 Effa...

Semoga berbahagia selalu...

Sajak tu best la
Sat 8-Sep-2007 18:00
Posted by:Heldamelissa  - [Link]
so sweet...
Salam Ramadhan untuk semua muslimin n muslimat! Mohon ampun dan maaf pada semua! Semoga diberi keberkatan untuk mengimarahkan Ramadhan tahun ini dan semoga Ramadhan ini menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya.... http://e-nadd.fotopages.com
Thu 13-Sep-2007 07:02
Posted by:nn  - [Link]
Effa. Happy Belated Birthday. Sorry. Sangat-sangat Sorry. Dah lama aku tangguh nak ucap birthday kat kau. Biasalah, aku manusia alpa. Haha. Apa pun aku doakan kau bahagia, murah rezeki dan anak yang ramai. Hahaha.

Rindulah ngan kau. Take care. Peluk cium zed comel itu untuk aku.
Wed 19-Sep-2007 00:25
Posted by:Amyz
View all 5 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com