 -  - Fotopages.com
<height>60</height>
selagi belum pencen...
Tiga hari selepas minggu sukan politeknik, aku kena attend kursus selama 4 hari di Melaka. Aduii, baru je nak betulkan pinggang lepas seminggu sukan, kena kursus lagi. Tapi aku layankan jelah, mengenangkan kursus kat melaka je kan. Agak lawak jugaklah perasaan aku bila check in kat hotel Avillion ni, yea lah..dekat tempat sendiri. Selalu lalu-lalang, tak sangka pulak kena tidor hotel ni.
rasanya, ramai-ramai peserta akulah yang paling blur sekali. mungkin sebab letih tak abis-abis kot. dari buat buku konvo,settle exam final dan markah, minggu sukan politeknik, dan sekarang kursus lagi..
yea lah..selagi belum pencen..layankan je laaa...  ;-) </description>
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!
<description>Memikul tanggungjawab mengetuai Ajk Statistik Dan Data bagi sukan peringkat kebangsaan ini sememangnya satu tugas yang agak berat untuk aku lakukan. Tambahan pula politeknik kami menjadi tuan rumah, dan ini merupakan pengalaman pertama aku mengendalikan tugasan sebegini besar. Dengan 7 orang Ajk pelajar, dan bantuan urusetia dan sukarelawan lain, alhamdulillah,- perjalanan acara  hampir seminggu ini berjalan lancar.
Tugas kami sebelah petang memanjang ke tengah malam. mencatat rekod kemenangan, mata dan pasukan yang menang. Menampal jadual terbaru setiap hari, dan sudah pasti memastikan data dan statistik yang dijana betul dan tepat.Seterusnya mencetak set-set buku statistik yang di compile untuk di serahkan pada setiap kontijen di akhir perlawanan.
Kesian juga pada ajk-ajk aku ni, time orang lain tengah seronok bersorak di padang tengok game hingga final, mereka terpaksa berkurung di dalam bilik sejuk mencatat data.Pelajar-pelajar elektrik mekatronik semester 5, antara group pelajar yang paling sporting dan baik yang pernah aku jumpa. 
Banyak pengalaman yang dikutip, semoga kalian semua akan tamat pengajian dengan jayanya dan menjadi insan berguna.Terima kasih kerana membantu saya..   MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA   LOL  
kursus back to back! 
<description>Macam nilah bila kerjaya menuntut lebih dari yang kita mampu beri : monday-friday,eight-five.Aku kena attend kursus kenegaraan nun di Langkawi selama 5 hari , kemudian bersambung terus kursus di Kolompo lagi 5 hari.Zaid tinggal di rumah pengasuh selama hampir 10 hari tu.Dalam hati, luluh dan bimbang hanya Tuhan sajalah yang tahu..nak buat camana nak, ibu makan gaji..  
Bertolak dari melaka jam 9.30 malam dengan tiga lagi staf.Tiba di Jeti Kuala Perlis jam 9 pagi. Sakit pinggang weh!Sesungguhnya Kuala Perlis mengingatkan aku pada banyak kenangan, terutama pengalaman zaid lahir di sini, simpang2, kedai2, mengembalikan memori. alahai dah 2 tahun lebih momen tu berlalu..Kuala perlis masih nostalgik, seperti dulu. 
sampai di Langkawi tengahari, sewa kereta 30 ringgit, ukur satu pekan Kuah.. gua punya sen tak banyak, jadi belilah sudu satu set, coklat satu papan, ubat gamat satu ikat, buat cenderahati pada opismet dan pengasuh zaid..tapi orang perempuan kan, dapat tengok pun dah hepi. 
Kursus BTN di Institut Pengurusan Perladangan ni sangatlah selesa dan best, ramai kawan-kawan baru terutama dikalangan cikgu dan sektor awam lain. Kursus yang tak tensen sangatlah, input banyak..(atau yang sebenarnya jasad aku je kat langkawi, hati dok terbayang zaid..)  
dah lima hari kat langkawi, abis je kul 12, aku zass terus ke feri balik ke KL. dari kuala Perlis ke Alor Setar, kemudian terus ke Kuala Lumpur. Aku balik sorang2, sebab dua orang lagi balik ke Melaka malam.Jadi diorang teruskanlah ekspedisi shooping kat langkawi sampai petang.. 
sampai KL jam 11 malam..woo, letih..nak ngadap kursus lagi esok pagi..malam tu aku sampai KL dengan perfume bau Jeti Feri Langkawi, Stesen Bas Kuala Perlis, Stesen Bas Alor Star, dan Pudu raya.. 
kursus di KL memang sempoi.hairan aku macamana tuan Sofian ni yang dah umur 70 lebih boleh reelekk je ngajar 5 hari berturut2, siap pandai guna power point lagi..tabik.  
gambar edisi gedik santai di Langkawi dan KL.dah lama wooo gua tak posing camni..tolong jangan muntah hijau yea.. 
Apapun- Camana jauh pun aku pergi, seramai mana pun kenalan baru, keseronokan berkursus , tak terbanding dengan rasa bahagia bila berjumpa zaid (dan zaidee  :-D ) semula..  
hijau di hari raya
<description>apadaaa..dah nak raya haji, gambar raya puasa baru nak publish.  LOL 
family potrait kami selalunya memang tak berapa cantik. masing-masing tak fotogenik.. zaid macam biasa, memang tak suka aksi-aksi skema macam nih  ;-) 
Tahun lepas, baju melayu dan kopiah je.tapi raya kali nih, zaid first time bersamping dan bersongkok hitam..sampai petang tido dalam buai pun pakai samping.
Bawak zaid bukak puasa
<description>Ni gambar bulan puasa haritu..Bawa zaid berbuka puasa bersama staf jabatan.Mulanya merengek juga, zaid bukannya suka duduk terperap di tempat tertutup macam hotel ni. Dia nak berlari-lari kat luar.Mujur ramai budak sebaya, once zaid dah 'tune' dia dah boleh main. 
Tapi segan jugaklah, anak orang lain main lari-lari keliling meja, anak aku dok tepi radio terenjut-enjut berjoget dengar lagu raya...  ;-) 
lebuhraya biru
<description>Sejak baru lahir, zaid mengharungi jalan raya besar setiap hari dengan ibu, dihantar dan diambil dari rumah pengasuh. Melalui jalan besar, zaid leka dengan kereta, lori dan bas di jalan-jalan,dan kala berhenti di lampu trafik.Mulutnya betah menegur segala yang menderu laju.Matanya mengecil apabila lori besar berhenti di tepi kereta, kagum dan teruja. Aku tahu, yang paling diminatinya cuma mesin jentera di atas jalan raya. 
Dan sekarang, zaid menyusun mainan keretanya, lori juga traktor (juga ferrarri kuning) dibariskan dalam satu garisan.Seperti yang terlihatnya selalu di atas muka jalan.Membunyikan hon dan derum enjin dari mulutnya yang kecil itu, juga menolak satu-satu supaya trafik lancar dan tidak terganggu.
Anakku Zaid, leka benar dengan 'dunia' ciptaannya.  :-) </description>
Ke dua puluh tujuh.
Bukan lagi mawar merkah 
dan lilin merah
nota-nota cinta
rajuk panjang 
cemburu kecil
bukan itu lagi
Isteri mu kini, sayang
wanita tegar
menghadapi hidup berliku
yang kita tahu
jauh lebih sukar
dari yang terpapar
dalam potret perkahwinan
Hari lahir ku ini
doaku panjang
Tuhan kukuhkan cinta
bahagiakan kita
Effa – 1 September 2007
Nak sah jawatan punya hal.
3 tahun lebih menyandang gelaran GSTT dari 4 tahun berkhidmat sangatlah memenatkan jika diingat-ingatkan. Untuk mendapatkan diploma pendidikan untuk menjadi GST, kami korbankan cuti semester, selama 2 tahun, berulang ke Maktab Perguruan Perlis (lalu negeri indera kayangan itu pun menjadi tanah kelahiran Muhammad Zaid Firdaus...)   ;-) 
Kalau pun tak sebaik nasib graduasi dengan diploma ikhtisas yang dilantik terus,sekurangnya kursus induksi ini sedikit melegakan. Dua minggu di Hotel Seri Costa,Melaka letihnya memang terasa.Zaid terpaksa bermalam  seminggu lebih di rumah pengasuh, kerana abahnya bekerja jauh di pantai timur. Alhamdulillah, anak bujang yang seorang itu, kalau selain dengan ibu dan abahnya, cukuplah sopan..tidur jam 9 malam, bangun lewat jam 10 pagi, uhh tidak..ehh pun tidak...  :-D
Alahai,
Takah demi takah dalam kerjaya..Mendakinya, aduh..separuh nyawa..   ;-) </description>
memacu sepatunya
<description>19 bulan. Kemuncak dalam usianya. Segala terlihat berwarna warni dan bergerak laju.Gedung pasaraya dari kantanya seperti padang permainan lapang besar. Aduh anak, lelah ibu mengejar, rentak dua sepatumu yang laju memacu.
Demam di dalam kabus..
<description>Kalau zaid demam kat atas bumi yang rata ni pun aku dah kelam kabut, ini kan pulak bila suhu badan dia cecah 39 darjah sewaktu berada 6000 kaki dari aras laut(cewah.. :-D ).Makan ubat tak kebah-kebah, dua hari di atas sana aku rasa macam dua minggu. Zaid merengek tak mahu makan, tak mahu minum. Di beri ubat zaid muntah-muntah(tapi yang pelik, aiskrim strawberi selamba je dia nyonyot).
Cuaca yang sangat sejuk menyukarkan keadaan. Nak dimandikan serba salah, tak dimandikan suhu makin naik. Bila di ladang strawberi dan kilang boh, zaid aktif, lari sana dan lari sini. Still, suhu badan tak turun. Tapi lebih baik daripada setiasa merengek dan nak dokong 24 jam.  ;-) 
Hmm..first time zaid ke tanah tinggi, dia demam pulak.Terima kasih pada abang ipar sekeluarga yang bersusah payah jaga kami semua.Nanti zaid dah besar sikit, boleh lah kami bawak zaid naik cameron lagi. (dan bolehlah shopping bunga dan strawberi cecah coklat dan sayur dan buah dan sebagainya) :-D 